Asalamualaikum W. B. H.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Dengan penuh rasa syukur, kami daripada seluruh Ahli Jawatankuasa Matrah, para guru serta seluruh warga Maahad Tahfiz Tarbiatul Hikmah (MATRAH) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ibu bapa, waris Pelajar serta para penyumbang yang dihargai.
Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan sepanjang kami menjalankan amanah dalam menguruskan MATRAH.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan atas segala sumbangan infaq dan wakaf yang telah diberikan. Semoga setiap sumbangan tersebut menjadi saham akhirat yang berterusan dan diberkati oleh Allah SWT.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima, dan kita semua dipertemukan kembali dengan Ramadan yang akan datang, insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
Maahad Tahfiz Tarbiatul Hikmah (MATRAH)











